PUSAT BANTUAN BINA RESIT
Soalan lazim
Jawapan ringkas tentang Resit Express, akaun, semakan dokumen, pelan, bayaran dan keselamatan akaun.
Kemas kini: 15 Ogos 202601Apa itu BINA RESIT?+
BINA RESIT membantu peniaga di Malaysia menyediakan quotation, invois, delivery order dan resit rasmi dalam satu ruang kerja yang tersusun.
02Perlu daftar akaun ke?+
Tak perlu untuk Resit Express. Daftar akaun jika anda mahu simpan rekod perniagaan dan buka semula pada bila-bila masa.
03Apa itu Resit Express?+
Resit Express membolehkan anda buat, preview dan muat turun resit dalam bentuk PDF dengan segera tanpa perlu mendaftar.
04Apa yang boleh dibuat dengan Resit Express?+
Anda boleh isi maklumat syarikat, pelanggan, beberapa item, bayaran, nota dan footer dokumen sebelum muat turun PDF.
05Adakah Resit Express disimpan?+
Tidak. Resit Express dijana dalam pelayar anda dan tidak disimpan dalam akaun BINA RESIT.
06Apa yang pengguna Percuma dapat?+
Akaun Percuma memberi satu dokumen tersimpan sepanjang hayat akaun, sehingga tiga suntingan berjaya pada dokumen tersebut dan fungsi muat turun PDF.
07Apa had akaun Percuma?+
Akaun Percuma tidak menerima QR Document Verification, Document Integrity Seal, preview dokumen rasmi atau timeline versi dokumen.
08Apa itu pelan 7 Hari?+
Pelan ini memberi akses penuh Pro selama 7 hari. Harga Early Bird ialah RM5 dan harga biasa ialah RM20. Ia hanya boleh digunakan sekali bagi setiap akaun.
09Apa jadi apabila pengguna Percuma naik taraf?+
Dokumen yang telah disimpan dalam ruang kerja akan menerima QR Document Verification dan Document Integrity Seal secara automatik apabila akses 7 Hari atau Pro menjadi aktif.
10Apa fungsi Pro?+
Pro memberi dokumen tersimpan tanpa had, profil syarikat, pelanggan dan item yang boleh diguna semula, aliran dokumen penuh, QR verification, Integrity Seal dan rekod bayaran tersimpan.
11Berapa harga Pro?+
Pro untuk 30 hari berharga RM19 bagi 100 pelanggan Early Bird pertama. Harga biasa ialah RM49 untuk 30 hari.
12Dokumen apa yang disokong?+
BINA RESIT menyokong Quotation, Invoice, Delivery Order dan Official Receipt.
13Apa itu QR Document Verification?+
Ia membolehkan penerima menyemak sama ada dokumen sepadan dengan rekod rasmi BINA RESIT. Fungsi ini hanya untuk pelanggan 7 Hari dan Pro, bukan pengguna Express atau Percuma.
14Apa itu Document Integrity Seal?+
Ia ialah meterai digital yang mengenal pasti versi rasmi dokumen yang direkodkan. Fungsi ini hanya untuk pelanggan 7 Hari dan Pro.
15Kenapa perlu kod nombor telefon empat digit?+
Ini ialah semakan privasi tambahan sebelum dokumen rasmi dibuka. Masukkan empat digit terakhir nombor telefon syarikat yang mengeluarkan dokumen atau pelanggan yang tertera pada dokumen. Nombor sahaja. Fungsi ini untuk dokumen 7 Hari dan Pro.
16Boleh cetak atau muat turun dokumen sebagai PDF?+
Ya. Semua jenis akaun boleh muat turun dan cetak dokumen dalam bentuk fail PDF.
17Apa itu preview rasmi dan timeline versi?+
Ia memaparkan rekod dokumen rasmi serta sejarah versinya untuk tujuan semakan. Fungsi ini hanya untuk pelanggan 7 Hari dan Pro.
18Boleh tukar quotation kepada invoice?+
Ya. Pelanggan Pro boleh teruskan aliran daripada Quotation kepada Invoice, Delivery Order dan Receipt.
19Macam mana nombor dokumen dijana?+
Anda boleh gunakan nombor automatik seperti BINA-QT-2608-1202, atau masukkan nombor dokumen sendiri jika diperlukan.
20Boleh simpan maklumat syarikat, pelanggan dan item?+
Ya. Pelanggan Pro boleh menyimpan serta menggunakan semula profil syarikat, pelanggan dan item atau perkhidmatan.
21Macam mana nak buat bayaran pelan?+
Bayaran langganan dibuat melalui checkout BayarCash menggunakan kaedah yang tersedia seperti DuitNow QR atau FPX.
22Boleh renew Pro lebih awal?+
Ya. Pembaharuan akan menambah tempoh akses selepas tarikh tamat semasa, bukan menggantikan baki tempoh anda.
23Apa perlu dibuat kalau akaun disyaki digodam?+
Lindungi akaun Google anda, gunakan pilihan log keluar semua peranti, kemudian hubungi security@binaresit.com dengan segera.
24Boleh mohon bayaran balik?+
Boleh mohon dalam tempoh 7 hari jika BINA RESIT benar-benar tidak boleh digunakan disebabkan isu teknikal yang tidak dapat diselesaikan. Hubungi billing@binaresit.com untuk semakan.
25Macam mana nak hubungi BINA RESIT?+
- Bantuan: support@binaresit.com
- Bayaran dan bayaran balik: billing@binaresit.com
- Keselamatan dan laporan scam: security@binaresit.com
- Hal undang-undang dan privasi: legal@binaresit.com
- Pertanyaan umum: hello@binaresit.com