BINA RESIT Verify

Verify dokumen dulu sebelum buat bayaran.

Di sini anda boleh faham cara semakan dokumen BINA RESIT berfungsi, cara kami melindungi akaun dan rekod, serta perkara yang masih perlu anda sahkan sendiri sebelum membuat bayaran atau urusan.

Kemas kini: 16 Ogos 2026

Cuba semakan dokumen demo

Resit contoh ini ialah demo awam BINA RESIT. Imbas kod QR untuk melihat cara semakan berfungsi, kemudian masukkan kod preview demo untuk membuka salinan rasmi.

Kod preview: 0000BRV-00000000000000000001Buka semakan demo

Bina Resit Dot Com (012345678Y)

No 1, Jalan Bina Resit
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tel: 011 300 8000
binaresit@gmail.com

VERIFY

OFFICIAL RECEIPT

Aisyah Creative Studio (SA0123456-P)

Nur Aisyah
Project Manager
8, Jalan Anggerik
40100 Shah Alam, Selangor
013 222 3344
accounts@example.com

Receipt No.
:
BINA-RCP-2608-1301
Payment Method
:
DuitNow
Payment Type
:
Full payment
Transaction Reference
:
DEMO-13082026
Date
:
13/08/2026
Page
:
1 of 1
ItemDescriptionQtyUOMU/ PriceDisc.Total (RM)
1.Website maintenanceWEB-01August 20261MONTH250.00-250.00
2.Domain renewalDOMAIN-01example.com1YEAR80.00-80.00
3.Email hostingEMAIL-01Monthly service2ACCOUNT10.00-20.00

Notes / Terms:

Website maintenance service for August 2026.
Technical support covers content updates and minor bug fixes.
Payment has been received in full.

Invoice total
350.00
Previous payments
0.00
This payment
350.00
Total paid
350.00
Balance after payment
0.00
Payment Status
Paid
RINGGIT MALAYSIA THREE HUNDRED FIFTY ONLY
Amount received350.00

This is computer generated, no signature is required.

Bagaimana BINA RESIT melindungi anda

01

Semak rekod dokumen

Dokumen yang didaftarkan dalam BINA RESIT boleh disemak melalui kod QR atau pautan pengesahan yang tertera pada dokumen.

  • Halaman semakan memaparkan status dokumen dan butiran rekod yang berkaitan.
  • Integrity Seal dan rekod versi membantu anda mengenal pasti versi dokumen yang direkodkan.
  • Dokumen yang dibatalkan, digantung atau sedang disemak tidak akan dipaparkan sebagai sah.
02

Lindungi maklumat sebelum lihat dokumen penuh

Sesetengah dokumen memerlukan empat digit terakhir nombor telefon yang tertera pada dokumen sebelum salinan rasmi penuh boleh dibuka.

  • Kami tidak memaparkan nombor telefon penuh pada halaman semakan.
  • Cubaan memasukkan kod dihadkan untuk mengelakkan cubaan meneka berulang kali.
  • Gunakan hanya empat digit daripada nombor yang benar-benar tertera pada dokumen tersebut.
03

Akaun dan rekod perniagaan yang lebih terlindung

Rekod perniagaan setiap pengguna disimpan dalam ruang kerja masing-masing.

  • Log masuk Google dan kawalan sesi membantu melindungi akses ke akaun.
  • Rekod setiap ruang kerja dipisahkan daripada rekod pengguna lain.
  • Jika bantuan diperlukan, akses sokongan hanya diberi kepada kakitangan yang dibenarkan, mengikut keperluan tugasan dan direkodkan.
04

Lapor jika ada perkara yang meragukan

Jika anda menerima dokumen yang mencurigakan, gunakan pilihan laporan pada halaman semakan.

  • Sesiapa boleh melaporkan dokumen berdaftar yang kelihatan meragukan.
  • Dokumen atau akaun boleh diletakkan dalam semakan, dibatalkan atau digantung jika perlu.
  • Rekod berkaitan mungkin disimpan untuk tujuan keselamatan, pertikaian atau keperluan undang-undang.

Cara semak dokumen dengan selamat

01

Sebelum anda bayar atau berkongsi maklumat

Luangkan sedikit masa untuk menyemak perkara berikut sebelum membuat bayaran atau mengambil tindakan berdasarkan dokumen:

  1. Imbas kod QR atau buka pautan pengesahan rasmi.
  2. Pastikan nombor dokumen, nama pengeluar, tarikh, jumlah dan status adalah sama seperti dokumen yang anda terima.
  3. Sahkan maklumat syarikat dan akaun bank melalui saluran yang anda percayai, bukan berdasarkan dokumen sahaja.
  4. Jika ada perkara yang meragukan, tangguhkan urusan dan buat laporan.
02

Apa maksud status "SAH"?

Status SAH bermaksud maklumat yang dipaparkan pada halaman semakan sepadan dengan rekod rasmi BINA RESIT bagi versi dokumen tersebut. Ia tidak bermaksud BINA RESIT menjamin bahawa pengeluar, pelanggan, barang, perkhidmatan, penghantaran, bayaran atau akaun bank itu benar, lengkap atau telah dilaksanakan. Anda masih perlu membuat semakan perniagaan sendiri.

03

Cara kami menjaga keselamatan dan privasi

  • Data dihantar melalui sambungan yang disulitkan, manakala akses akaun dilindungi dengan pengesahan dan kawalan sesi.
  • Rekod perniagaan dipisahkan mengikut ruang kerja pengguna.
  • Kami menjalankan pemantauan keselamatan, sandaran dan semakan terkawal apabila diperlukan.
  • Pasukan BINA RESIT tidak akan meminta kata laluan Google, OTP, kata laluan bank atau nombor kad penuh anda.